"Seronoknya jadi seorang muslim yang tahu bahasa al Qur'an!"
Sekiranya anda sedang mencari program pembelajaran bahasa Arab yang mudah difahami & dapat belajar secara santai, bahasa Arab Teknik Al Mukhtar adalah jawapannya. Masa belajar juga adalah fleksible.
Kami mempunyai beberapa pakej pembelajaran yang sesuai untuk:
golongan dewasa – golongan bersara – pelajar tingkatan 1 hingga 3 – klinik b.Arab SPM & STAM – pelajar tahfiz – pelajar IPT – mereka yang nak sambung belajar ke negara Arab
**Untuk membuat pendaftaran bagi pelajar sekolah rendah, sila SMS / WhatsApp ke 017-650 7587 untuk maklumat lanjut.
Sekarang kami akan kongsikan bagaimana pakej pembelajaran kami dapat membantu anda / anak anda belajar bahasa Arab dengan lebih MUDAH & SISTEMATIK.
Anda boleh terus mendaftar pada bahagian bawah web ini atau ikuti dahulu 5 perkara menarik di bawah ini:
Bahagian A: Maklum balas peserta yang telah mengikuti pembelajaran Arab Mudah Teknik Al Mukhtar
Bahagian B: Contoh-contoh bahan pembelajaran bagi memudahkan anda menilai sama ada sesuai atau pun tidak.
Bahagian C: Apakah keistimewaan Arab Mudah Teknik Al Mukhtar (bahagian ini agak panjang, nak skip baca pun boleh)
Bahagian D: Kaedah & jadual belajar??
Bahagian E: Pakej pembelajaran yang kami tawarkan. Tak perlu risau ye sebab yuran bulanan hanya serendah RM12-RM20 sebulan sahaja.
**Maklumat yang terdapat dalam laman web ini dan web www.BahasaArabMudah.com adalah sama 100% kerana kedua-dua ini adalah web center kami.
Program Arab Online ini dikendalikan oleh:
Pembelajaran Arab Online ini diketuai oleh Ust. Abu Hanifa bin Abu Mukhtar. Berikut adalah maklumat ringkas admin:
Latar belakang pendidikan:
- Maktab Mahmud Alor Setar Kedah
- Pengajian pondok
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- University of Sharjah, United Arab Emirates
- e-Asia University
Sumbangan & Pengalaman:
- Guru Bahasa Arab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Pengasas Al Mukhtar Center
- Pengasas Arab Mudah Teknik Al Mukhtar
Lokasi kami: Pusat Pengajian Raudhatul Quran, No 15-1, Jln U1 Taman Universiti, 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.
PERSOALAN??
Saya tak pernah belajar Arab, sesuai ke dengan saya?
Pakej-pakej yang ditawarkan?
Contoh topik pembelajaran?
Apakah keistimewaan Modul Arab Al Mukhtar?
Bagaimana cara nak belajar?
Jadual belajar?
Berkesan ke TEKNIK AL MUKHTAR ni?
BAHAGIAN A: Maklum balas peserta kami
Sepanjang mengikuti pembelajaran dari Ustaz Abu Hanifa, saya dapati ada kelainan luar biasa dari cara penerangan ustaz. Ustaz telah mencipta kaedah yg menarik yg supaya bahasa arab itu mudah difahami..Antara perkara yg menjadi permasalahan dalam pembelajaran b.arab ialah:
1. Susah untuk ingat vocab dan ustaz selesaikan masalah ini dgn membawa kata-kata hikmah supaya mudah diingat.
2. Tidak tahu terjemahan ketika belajar kaedah b.arab seperti seperti belajar menggunakan kitab berbahasa arab yg menyebabkan kita tidak dapat fokus pada kaedah yg hendak diterangkan dan ustaz selesaikan masalah ini dgn memberikan makna yg sesuai sebelum kaedah-kaedah tertentu hendak diterangkan.
Umar Hafiz, Muar Johor
**DISCLAIMER:
Setiap testimonial dan komen yang dikongsikan dalam laman web ini adalah maklum balas peserta secara sukarela. Setiap peserta mempunyai tahap penyerapan ilmu yang berbeza.
In sya Allah, anda jugak akan berjaya menguasi bahasa Arab dengan baik selepas mengikut modul-modul Arab Mudah Teknik Al Mukhtar.
*Kami hanya kongsikan 7 komen peserta dalam laman ini. Untuk lihat komen-komen yang lain, klik DI SINI.
BAHAGIAN B: Contoh-contoh tajuk pembelajaran kami
APA YANG AKAN SAYA BELAJAR?
Modul pembelajaran Arab Mudah yang kami tawarkan merangkumi:
- Arab Mudah untuk berkomunikasi
- Arab Mudah untuk memahami keindahan makna al Qur’an & bacaan ibadah
- Arab Mudah untuk Haji & Umrah
- Belajar bahasa Arab melalui kisah-kisah lucu
- Formula tatabahasa Arab yang difahami
- Program pengukuhan bahasa Arab untuk pelajar sekolah menengah & IPT
- Rahsia membimbing anak-anak belajar bahasa Arab walaupun anda tidak pernah belajar bahasa Arab.
*Sepertimana kanak-kanak atau orang dewasa belajar Iqro’ untuk memboleh baca al Qur’an, begitu jugak lah dengan modul kami yang sesuai dengan pelbagai lapisan umur bagi memahami bahasa al Qur’an. Peserta kanak-kanak dan dewasa akan mendapat modul berlainan sesuai dengan peringkat umur.
Bagi anda yang pernah belajar bahasa Arab dan ingin mengulangkaji atau memperluaskan lagi ilmu bahasa Arab anda, Ahlan Wa Sahlan kami ucapkan!
“Kunci Kejayaan Bahasa Arab”
In sya Allah anda dijamin dapat kuasai bahasa Arab dengan baik sekiranya anda belajar tajuk asas bahasa Arab mengikut turutan tajuk yang betul. Sebab tu lah kami bangunkan Arab Mudah ni.
“Nak kami bantu anda belajar bahasa Arab dengan mudah?”
Cuba ikuti salah 1 video di bawah. Sekiranya anda boleh memahami SALAH 1 contoh berikut, ini bermakna modul kami amat sesuai untuk anda. Nak tengok semua pun tak pa 🙂
# Contoh Video 1
# Contoh Video 2
# Contoh Video 3
# Contoh Video 4
Arab Mudah AL MUKHTAR!
Dengan mendaftar Arab Mudah AL MUKHTAR, anda berpeluang belajar bahasa Arab dengan menggunakan modul kami yang telah terbukti mudah difahami. Belajar pun secara santai-santai sahaja.
Anda berpeluang belajar asas bahasa Arab berpandukan kitab Arab seperti:
ِمَتْنُ الأُجْرُوْمِيَّةِ – مَتْنُ الْبِنَاءِ
المُلَخَّصُ – مُعْجَمُ الْقَوَاعِدِ الْعَرَبِيَّة
Kami akan huraikan pada anda dengan gaya bahasa santai yang mudah difahami. Kita belajar 1 to 1 secara interaktif, sebab tu cepat berkesan.
BAHAGIAN C: Apakah keistimewaan TEKNIK AL MUKHTAR?
APA YANG SAYA DAPAT SELEPAS MENDAFTAR?
Berikut adalah antara keistimewaan yang akan anda perolehi:
# Dapat Belajar 1 to 1
Selain menggunakan WhatsApp / Telegram, kami mempunyai 1 aplikasi khas yang kami bangunkan sendiri iaitu Portal Arab Mudah. Lepas daftar nnti kami akan berikan & tunjuk step by step cara nak guna aplikasi kami. Mudah je nak guna. Salah seorang peserta kami berusia 85 tahun (pesara guru) pun cakap mudah nak guna aplikasi kami ni. Antara aplikasi lain yang kami guna jugak adalah Quizizz, Quizlet, Seesaw, Google Meet & Zoom. Kita belajar 1 to 1, sebab tu cepat faham.
# Jadual belajar yang fleksible Berdasarkan pengalaman kami yang lepas-lepas, akan ada peserta yang tak mampu nak ikuti jadual belajar yang telah kami tetapkan. Bahasa Arab ni macam robot jugak, kalau 1 wayer problem robot tu tak berfungsi. Dalam bahasa Arab ni, kalau 1 topik je kita tak faham, akan terganggu untuk nak memahami tajuk-tajuk yang lain.
Sebab tu jadual belajar yang fleksible ni penting untuk nak pastikan anda faham setiap topik yang akan dipelajari nanti. Anda / anak-anak anda dapat belajar dengan tenang mengikut kesesuaian.
Alhamdulillah setakat ni team kami cukup untuk bantu anda. Kita belajar ‘1 to 1’ ni memang cepat berkesan. Bagi yang sibuk bekerja, ini adalah 1 peluang keemasan untuk anda. Tok guru saya pesan, “Jangan tunggu masa free baru nak belajar ilmu agama. Sebaliknya free kan masa anda untuk tambahkan ilmu.”
Walaupun sibuk bekerja, anda akan tetap berpeluang belajar asas bahasa Arab dengan team kami.
# Teknik Ingat Vocab
Selain bahan pembelajaran seperti video ringkas dan e-note, kami mempunyai 6 teknik untuk bantu anda ingat perkataan bahasa Arab dengan mudah. 2 daripadanya adalah flashcards yang mempunyai audio & game match. Anda boleh guna laptop / handphone sahaja untuk belajar.
#Cara guna Flashcards
#Cara main Game Match
##
# Pengisian Motivasi Diri Selain dapat belajar bahasa Arab secara online, anda akan menerima pengisian motivasi menerusi kata-kata hikmah Arab, ayat Qur’an dan hadith. Memang seronok apabila anda dapat mengambil inspirasi daripada sumber rujukan Arab. Memang akan terasa sangat puas!
Komen Pakar!
‘1 MINIT MOTIVASI’ adalah suatu yang biasa akan tetapi disampaikan dengan cara yang luar biasa.
– Dr Akmal Khuzairy bin Abdul Rahman (Pakar Bahasa Arab; UIA)
‘1 MINIT MOTIVASI’ amat bermanfaat kepada semua. Paparan kata-kata motivasi, ayat Qur’an dan hadis pilihan adalah santapan terbaik untuk rohani kita.
– Prof Madya Dr. Ghaffarullahuddin bin Din (Pakar Ekonomi Islam; UiTM Shah Alam)
‘1 MINIT MOTIVASI’ boleh menanam minat pembaca kepada bahasa Arab menerusi paparan kata-kata hikmah bahasa Arab.
– Dr Yasir bin Ismail (Pakar Bahasa Arab; UIA)
Jangan jadikan ‘1 MINIT MOTIVASI’ platform menjana pendapatan semata-mata. Selagi ahli mendapat manfaat berdasarkan apa yang mereka bayar, pelan pemasaran ‘1 MINIT MOTIVASI’ adalah patuh syariah.
– Ust Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali (Panel Syaria’h Bank Muamalat)
‘1 MINIT MOTIVASI’ adalah 1 produk yang menarik!
– Prof. Madya Dr. Badri Najib bin Zubir (Pakar Bahasa Arab; UIA)
# Portal Arab Mudah Anda akan mendapat Portal Arab Mudah yang akan membantu anda belajar asas bahasa Arab dengan lebih MUDAH! # Mudah difahami Bahan pembelajaran bahasa Arab kami sediakan sangat menarik kerana ianya ringkas, padat serta DIJAMIN mudah difahami.
#Bangsa Cina belajar Arab
# Sesi soal jawab
Ini adalah 1 keistimewaan yang sukar diperolehi di tempat lain. Anda mempunyai peluang untuk bertanya apa jua soalan yang berkaitan topik pembelajaran kepada ustaz. Mendapat kemudahan rundingan daripada team pakar bahasa Arab adalah 1 bonus besar untuk anda. Ianya percuma!
# Sijil Penyertaan
Antara yang menarik lagi, anda akan mendapat sijil penyertaan setelah selesai mengikuti pembelajaran Arab Al Mukhtar.
# Untuk pelajar sekolah rendah akan mendapat pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia seperti 2 contoh video di bawah:
Mudah difahami
1 pendekatan belajar secara santai yang mudah difahami.
Masa Belajar Fleksible
Anda yang tentukan sendiri waktu mana nak belajar.
Mesra Mobile
Anda dapat belajar banyak perkara hanya dengan menggunakan smartphone.
BAHAGIAN D: Kaedah belajar & jadual??
Cara Pembelajaran & Jadual
Anda akan belajar bahasa Arab dengan bimbingan guru, bukan hanya seperti tonton video di Youtube. Selain WhatsApp, Zoom / Google Meet, anda juga akan dibiasakan dengan Portal Arab Mudah.
Lepas daftar nnti kami akan berikan & tunjuk step by step cara nak guna aplikasi kami. Mudah je nak guna. Salah seorang peserta kami berusia 85 tahun (pesara guru) pun cakap mudah nak guna aplikasi kami ni.
Antara keistimewaan utama Arab Al Mukhtar ni adalah anda sendiri yang tentukan masa pembelajaran anda. Team kami sentiasa meluangkan masa bersama anda walaupun anda berada di luar Malaysia. Anda boleh memilih untuk belajar setiap 3 hari sekali atau tiap-tiap hari. 1 sesi pembelajaran hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 5-10 minit. Nak belajar lebih lama pun boleh.
Antara aplikasi lain yang kami guna jugak adalah Quizizz, Quizlet, Wordwall dan Seesaw. Kita belajar 1 to 1, sebab tu cepat faham.
97% peserta yang menyertai kami adalah 1st time belajar Arab secara online, sebelum ni tak pernah pun.
Sistem kami mesra mobile. Dengan tablet / HP pun masih boleh belajar. Contoh bahan pembelajaran adalah seperti yang diberikan di atas tadi.
Selepas mendaftar, anda dapat belajar bahasa Arab dengan mudah menggunakan Modul Arab 7+3:
Alhamdulillah, dah terbukti mudah!
“Arab Teknik Al Mukhtar dah bantu ramai peserta belajar asas bahasa Arab dengan mudah.”
Akbar Sinar telah berkongsi 1 pendekatan mudah belajar bahasa Arab pada Jumaat 23/9/2016.
Modul kami memang mudah. Yang dalam gambar atas ni semua perserta Arab Online kami.
In sya Allah, anda jugak akan berjaya menguasi bahasa Arab dengan baik selepas mengikut modul-modul Arab Mudah Teknik Al Mukhtar.
*Kami hanya kongsikan 7 komen peserta dalam laman ini. Untuk lihat komen-komen yang lain, klik DI SINI.
BAHAGIAN E: Pakej-pakej yang kami tawarkan.
Daftar Sekarang!
Program Arab Mudah ini terbuka kepada golongan DEWASA, BERSARA, PELAJAR IPT & SEKOLAH MENENGAH. Kami jugak mempunyai modul khas bagi pelajar SEKOLAH RENDAH berumur 9 – 12 tahun. Bagi pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama, jadual pembelajaran khas akan diberikan selepas mendaftar.
Kami menawarkan 3 tahap (level) pembelajaran Arab Mudah Teknik Al Mukhtar:
– Pendaftaran Level 1, BASIC: (PAKEJ D adalah pakej lengkap level 1,yuran RM120 sahaja sekali bayar.) PAKEJ A pula adalah pakej bayaran bulanan RM20 selama 10 bulan bagi level 1.
– Pendaftaran Level 2, INTERMEDIATE: RM120 (yuran sekali bayar sahaja)
– Pendaftaran Level 3, ADVANCED: RM120 (yuran sekali bayar sahaja)
* Dengan 1 promosi khas, anda boleh daftar ketiga-tiga level di atas hanya dengan RM360 RM240 (PAKEJ PREMIUM). Dengan pendaftaran Pakej Premium ini, anda boleh ulang-ulang belajar dengan team kami sampai betul-betul pandai tanpa bayaran tambahan.
***Perbezaan setiap pakej hanya dari segi bayaran sahaja. Setakat ini majoriti mendaftar Pakej Premium sebab lebih jimat, lagi pun yuran hanya dikenakan sekali sahaja untuk Pakej Premium.
***Setiap peserta akan mendapat modul yang berbeza mengikut tahap umur. Bahan pembelajaran sekolah rendah tidak sama dengan sekolah menengah.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan klik link dalam kotak pendaftaran di bawah:
*Bagi anda yang tidak mempunyai emel ATAU yang nak kami bantu daftarkan, SMS/WhatsApp ke 0176507587 taip NAK DAFTAR atau untuk direct WhatsApp klik DI SINI.
Bayaran anda juga turut menyumbang kepada pembangunan Pusat Al Qur’an & Bahasa Arab AMC. Sumbangan ikhlas anda amat dialu-alukan.
Yuran kami sangat rendah sebab kami nak pastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang belajar bahasa Arab.
Hubungi admin 017-650 7587 sekiranya berlaku masalah teknikal semasa mendaftar.
Dikemaskini: